Kecintaan
Allah swt berbeza-beza terhadap makhluk-Nya, diantaranya adalah kecintaan-Nya
terhadap mukmin yang kuat.
حَدَّثَنَا
أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَابْنُ نُمَيْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ
بْنُ إِدْرِيسَ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ
عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ .قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ
الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ
وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا
وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ
الشَّيْطَانِ
Telah
menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Ibnu Numair mereka berdua
berkata; telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Idris dari Rabi'ah bin
'Utsman dari Muhammad bin Yahya bin Habban dari Al A'raj dari Abu Hurairah dia
berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Orang mukmin
yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta 'ala
daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan.
Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan
kepada Allah Azza wa Jalla dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila
kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan; 'Seandainya
tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan
begitu'. Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah dan apa yang
dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya. Karena sesungguhnya ungkapan kata
'law' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan syaitan.'" HR
Muslim,4816.
Hadith
ini mengandungi beberapa perkara yang besar dan kata-kata yang memiliki erti
yang luas. Di antaranya ialah adanya suatu ketetapan bahawasanya Allah swt
memiliki sifat mahabbah.
Hadith
ini juga menunjukkan bahawa mahabbah Allah bergantung kepada keinginan dan
kehendak-Nya jua. Kecintaan Allah kepada makhluk-Nya berbeza-beza, seperti
kecintaan-Nya kepada Mukmin yang kuat lebih besar dari kecintaan-Nya kepada
Mukmin yang lemah.
Seperti
dalam firman Allah swt:
وَلِكُلٍّ
دَرَجَاتٌ مِمَّا عَمِلُوا
Dan
setiap orang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan
al-Ahqaf/46:19
Allah
swt juga berfirman :
ثُمَّ
أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ
لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ
ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
Kemudian
Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara
hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada
yang pertengahan dan ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin
Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar. Fathir/35:32
Mukmin
yang kuat adalah mukmin yang beriman dengan segala asas keimanan, seperti yang
terkandung dalam rukun iman dan termasuk juga dari cabang-cabang keiman seperti
yang disebut oleh Rasulullah saw.Cabang-cabang keimanan yang kembali kepada
amalan-amalan zahir dan batin, ini semuanya termasuk bahagian dari iman. Iaitu
mereka yang mengerjakannya dengan benar, memperbaiki dirinya dengan ilmu yang
bermanfaat dan amal salih, juga memperbaiki orang lain dengan saling menasihati
dalam kebenaran dan kesabaran. Dalam diri orang seperti ini terdapat tingkatan
iman yang paling tinggi. Maka barang siapa yang belum sampai pada tingkatan
ini, maka dia adalah Mukmin yang lemah.
Hadith
ini juga mencakupi aspek aqidah yang terbina dari elemen keyakinan hati(
qalbiyyah) , perkataan , dan perbuatan sebagaimana yang difahami dan menjadi
asas pegangan dalam mazhab ahlus sunnah wal jamaah. Ianya bertunjangkan kepada
rukun iman, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang dikenali
juga sebagai hadis Jibril,
فَأَخْبِرْنِيْ
عَنِ الإِيْمَانِ, قَالَ : أَنْ بِاللهِ, وَمَلاَئِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَرُسُلِهِ,
وَالْيَوْمِ الآخِرِ, وَ تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ
Kemudian
ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.
Nabi
menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya;
para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang
buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”
Maka
dapat difahami juga bahawa iman itu terbina dari tujuh puluh cabang lebih, yang
paling tinggi adalah kalimat
لَا
إِلَهَ إِلَّا اللهُ dan yang paling rendah yaitu menyingkirkan suatu yang
mengganggu dari jalan. Dan malu itu merupakan cabang dari iman.
Sebagaimana
sabda Rasulullah saw :
اَلْإِيـْمَـانُ
بِـضْـعٌ وَسَبْـعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً ، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا
إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَدْنَـاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْـحَيَاءُ
شُعْبَـةٌ مِنَ اْلإِيْمَـانِ
Iman
memiliki lebih dari tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang. Cabang yang
paling tinggi adalah perkataan لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
dan
yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu
adalah salah satu cabang iman.HR Bukhari
No comments:
Post a Comment