Tanda-tanda
orang Munafik: Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah.
Al-Quran
yang diturunkan oleh Allah swt kepada umat manusia adalah suci, mengandungi
kebenaran yang hak, sentiasa sesuai sepanjang zaman dan terpelihara daripada
sebarang bentuk yang boleh mencemar atau merosakkannya.
Adapun
orang yang tidak berilmu pengetahuan luas, cuba mengubah dan mentafsir
kebenaran al-Quran mengikut kehendak sendiri atau kerana didorong oleh
kepentingan tertentu, maka mereka adalah termasuk golongan orang-orang munafik
yang sentiasa hendak menghancurkan Islam, Al_Quran dan Sunnah.
Firman
Allah swt,
وَآمِنُوا
بِمَا أَنْزَلْتُ مُصَدِّقًا لِمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ
ۖ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ
"Dan
berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Quran) yang membenarkan
apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama
kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang
rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa".Al-Baqarah:41
مَنْ
قَسَّرَ الْقُرآنَ بِرَأْيِهِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النّارِ
“Barangsiapa
menafsirkan al-Quran dengan pendapatnya sahaja, maka tempatnya dalam neraka”.
HR Tirmizi
No comments:
Post a Comment