Jangan
jadikan rumah seperti kubur
حَدَّثَنَا
قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ
عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ
مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ
الْبَقَرَةِ
Telah
menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami
Ya'qub bin Abdurrahman Al Qariy dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah
bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian
jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan itu akan lari
dari rumah yang di dalamnya dibacakan surat Al Baqarah." HR Muslim
Dalam
hadith yang lain pula,
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنِي
نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا
Telah
menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Hanbal telah menceritakan
kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah telah mengabarkan kepadaku Nafi' dari Ibnu
Umar dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat mengerjakan solat (sunnah),
dan janganlah kalian jadikan sebagai kuburan." HR Abu Daud, sahih.
Maknanya
janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur, yang kelihatan sunyi sepi
dan menyeramkan. Justeru kerana disana tidak dilaksanakan ibadah solat.
Hadith
ini juga menjadi dalil bahawa yang afdal bagi seseorang itu bahawa dia bersolat
sunat di rumahnya. Hal ini disokong oleh hadith berikut,
أفضل
صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة
“Solat
yang afdhal bagi seseorang adalah di rumahnya, kecuali solat-solat wajib” HR
Bukhari.
Kecuali
solat-solat sunat yang terdapat dalil dari syariat mengatakan bahawa
pelaksanaannya dituntut dilakukan di masjid, seperti solat khusuf(gerhana) ,
solat tarawikh di bulan Ramadan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment