Sunday 3 September 2017

Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim

Tanda-tanda Orang Munafik: Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim

Perbuatan suka bertengkar dan berbantah dengan sesama muslim dalam perkara kecil dan remeh adalah dilarang dalam Islam kerana akan menimbulkan kerenggangan dan kurangnya hubungan silaturrahim serta akan mengurangkan kesempurnaan iman seseorang serta tergolong ciri-ciri munafik.

Firman Allah swt,

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar".An-Nisa:114

Sabda Rasulullah saw,

لَا يَسْتَكْمِلُ عَبْدٌ حَقِيْقَةَ الْإِيْمَانِ حَتَّى يَدَعَ الْمَرَاءَ وَإِنُ كَانَ مُحِقًّا

“Seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan hakikat iman sehingga dia meninggalkan berbantah-bantah walaupun dia dipihak benar”. HR Ibnu Abi Dunya

Sabda Rasulullah saw,

ذَرُوا الْمَرَاءَ فَإِنَّهُ لَا تُفْهَمُ حِكْمَتُهُ وَلَا يُؤْمَنُ فِتْنَتُهُ


“Tinggalkan berbantah-bantah kerana sesungguhnya berbantahan itu tidak diketahui hikmahnya dan tidak diamankan daripada fitnah”. HR Thabrani

No comments:

Post a Comment