Tanda-tanda
Munafik: Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.
Sanjungan
dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan perkataannya. Akan
tetapi sanjungan dan pujuan yang baik dan ikhlas terhadap sesama muslim adalah dibolehkan
dalam Islam. Namun demikian, sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak
sesuai dengan kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam Islam dan tergolong
amalan orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim.
Sesungguhnya
Allah swt. tidak menyukai umat Islam menyanjung dan memuji orang-orang yang
ingkar kepadanya seperti orang kafir, munafik dan fasik kerana boleh menambah
kesombongan dan keingkaran mereka.
Sabda
Rasulullah saw,
إِنَّ
اللهَ يَبْغَضً إِذَا مُدِحَ الفَاسِقُ
“Sesungguhnya
Allah marah apabila orang fasik dipuji” HR Ibnu Abiddunya dan Baihaqi.
Sabda
Rasulullah saw,
أَحْثُوا
التُّرابَ فِي وُجُوهِ الْمَادِحِيْنَ
“Hamburkanlah
tanah pada muka orang-orang yang memuji itu” HR Muslim
No comments:
Post a Comment