Rahmat
yang agong (rahmat kerasulan) dan kemanisan iman.
و
حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا
مَهْدِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ عَنْ غَيْلَانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ الزِّمَّانِيِّ
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ
عَلَيَّ
"Dan
telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami
Abdurrahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami Mahdi bin Maimun dari
Ghailan dari Abdullah bin Ma'bad Az Zimani dari Abu Qatadah Al Anshari
radliallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya
mengenai puasa pada hari isnin, maka beliau pun menjawab: "Di hari itulah
saya dilahirkan, dan pada hari itu pula, wahyu diturunkan atasku." HR
Muslim
قُلْ
بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
Katakanlah:
"Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka
bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang
mereka kumpulkan". Surah Yunus:58
Allah
swt memerintahkan kita sebagai umat Islam agar bergembira ketika mendapatkan
rahmat dari Allah swt. Justeru itu, cuba sama-sama kita fikirkan apakah rahmat
terbesar dari Allah swt yang diturunkan kepada kita dan juga alam semesta ini
seluruhnya?
Tadabburilah
firman Allah swt berikut,
وَمَا
أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan
tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam.al-Anbiya:107
Tentulah
rahmat terbesar dan teragung yang Allah swt kurniakan kepada kita itu adalah
kerasulan Nabi Muhammad saw, sebagaimana firman Allah swt di dalam Surat Al-Anbiya
ayat 107 diatas.
Oleh
kerana itu, bergembiralah dan bersyukurlah dengan kelahiran dan perutusan
Rasulullah saw atau Maulidnya pada setiap saat, iaitu tanpa terikat dengan
batasan waktu dan tempat. Maulid Nabi dapat dilakukan dimanapun dan bila
masapun, tidak terikat oleh waktu mahupun tempat yang tertentu, iaitu sebanyak
sedutan dan hembusan nafas. Ini kerana Nabi saw adalah ikutan dan contoh suri
tauladan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan. Baik dari sudut
aqidah,ibadah,muamalah ekonomi dan kekeluargaan,sosial kemasyarakatan dan juga
politik kenegaraan.Sebagaimana anjuran dari Allah swt,
لَقَدْ
كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.Al-Ahzab :21
Perhatikanlah
ketika Rasulullah saw ditanya oleh para sahabatnya tentang puasa di hari isnin,
beliau saw tidak menyatakan tentang kemulian puasa pada hari isnin, akan tetapi
beliau saw menjawab, bahawa hari isnin adalah hari dimana beliau saw
dilahirkan.
حَدَّثَنَا
عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا مَهْدِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ عَنْ غَيْلَانَ
بْنِ جَرِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ
عَلَيَّ
Telah
menceritakan kepada kami 'Abdur Rahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami
Mahdi bin Maimun dari Ghailan bin Jarir dari 'Abdullah bin Ma'bad dari Abu
Qatadah berkata; Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari isnin, beliau
bersabda; pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan." HR Ahmad
Justeru
itu maka dapatlah kita mengetahui bahwasanya Rasulullah saw ingin menekankan
kepada para sahabat bahwa hari isnin adalah mulia kerana dirinya, sehingga
beliau saw pun bergembira atas hari tersebut dan bersyukur kepada Allah saw
atas segala nikmat yang diberkan kepadanya dengan cara berpuasa. Perhatikan
firman Allah swt yang berikut,
إِنَّا
أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ .فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ. إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأبْتَرُ
Sesungguhnya
Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.Maka dirikanlah shalat karena
Tuhanmu; dan berkorbanlah.Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah
yang terputus.al-Kautsar:1-3
Oleh
itu cintailah Rasulullah saw dengan penuh jiwa dan raga serta ambillah amalkan
segala ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda saw untuk kita,
Abdullah
bin Hisyam ra, berkata:
كُنَّا
مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ
الْخَطَّابِ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ
كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ، حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ
نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ، وَاللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ
مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ.
“Kami
mengiringi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau menggandeng tangan
‘Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu anhu. Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku
cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat
engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada beliau: ‘Sungguh
sekaranglah saatnya, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’
Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Sekarang (engkau benar),
wahai ‘Umar.’” HR Bukhari.
Sabda
Rasulullah saw,
ثَلاَثٌ
مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَانِ، مَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ
أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ
ِللهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ
مِنْهُ، كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ.
“Ada
tiga perkara yang apabila perkara tersebut ada pada seseorang, maka ia akan
mendapatkan manisnya iman, yaitu (1) hendaknya Allah dan Rasul-Nya lebih ia
cintai dari selain keduanya. (2) Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya
mencintainya karena Allah. (3) Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran
setelah Allah menyelamatkannya, sebagai-mana ia tidak mau untuk dilemparkan ke
dalam api.” HR Bukhari dan Muslim.
Allah
swt berfirman:
قُلْ
إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ
لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Katakanlah:
‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai
kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’”
Ali ‘Imran: 31
Allah
swt berfirman:
وَمَا
آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ
ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“…Apa
yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya
bagimu maka tinggalkanlah; dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
sangat keras hukuman-Nya.” Al-Hasyr: 7
No comments:
Post a Comment