Tuesday 5 September 2017

Menuduh orang beriman bodoh

Tanda-tanda orang Munafik: Menuduh orang beriman bodoh

Orang munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan yang memudaratkan.  Justeru itu, mereka mudah menuduh orang beriman bodoh atau kurang ilmu pengetahuan dalam menanganani urusan kehidupan.

Firman Allah swt,
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ

"Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman". Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu".Al-Baqarah: 13


Berdasarkan ayat di atas, jelaslah orang-orang yang munafik adalah golongan yang bodoh kerana mereka hidup berlandaskan kesesatan dan kejahilan serta tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

No comments:

Post a Comment